Thursday, 24 July 2014

SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


PERHATIAN UTK SEMUA YA!!!

Bukan Mahram yg tak boleh salam & wajib tutup aurat dengan sempurna (walaupun dalam rumah orang tua kita) masa raya dan selepas raya :

Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

Perempuan:-

1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak (lelaki)

JANGAN LUPA DAN BUAT LUPA SMRA PT3 SMA SPM ....

PAKEJ  PERCUTIAN RAYA YANG TELAH DIBERIKAN GURU
SIAPKAN......

#PRAY4SYRIA&GAZA&MH370 MH17#

MBMMBI





BACA DAN SAMPAIKAN KEPADA YANG LAIN.

1BestariNet KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA






( gambar hiasan )


( gambar hiasan )


Apakah itu projek 1BestariNet?1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari Mengenai Kami.
Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu?Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G). Untuk keterangan lanjut, sila layari Penyelesaian Bersepadu.
Apakah itu Frog VLE?Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.
Kenapa perlu menggunakan Frog?Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.Ketahui lebih lanjut bagaimana Frog boleh mempertingkatkan pembelajaran dengan menonton video-video ini!
Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE?ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal akan membolehkan anda untuk mengakses Frog VLE. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat VLE sekolah anda, sila klik di sini.
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan ID Yes 1BestariNet saya?ID Yes 1BestariNet disalurkan ke semua sekolah. Sila berhubung dengan sekolah anda untuk mendapatkan ID Yes 1BestariNet anda.
Apakah lagi yang boleh saya perolehi dengan ID Yes 1BestariNet saya?
Dengan ID Yes 1BestariNet anda, anda boleh mengakses Frog VLE serta seluruh sumber dan aplikasi global daripada Google, Khan Academy, dan banyak lagi, selain anda boleh mengikuti butiran akaun anda dalam rangkaian Yes.
Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?
Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.
Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang pelaksanaan projek 1BestariNet?
Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.
Adakah ibu bapa akan diberi akses Frog VLE?
Ibu bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses Dashboard ibu bapa dalam Frog VLE. Dengan ID log masuk mereka, ibu bapa boleh mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah serta memuat turun borang-borang penting dan dokumen.
Mengapakah sekolah saya tidak mendapat liputan sambungan lagi?
Beberapa sekolah di kawasan anda mungkin sudah mendapat liputan, tetapi bukan sekolah anda. Pelancaran sambungan internet dan Frog VLE bermula pada Disember 2011 dan sehingga kini ia masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Semua sekolah rendah dan menengah kerajaan akan mendapat sambungan menjelang akhir tahun 2013.
Bilakah Frog VLE akan tiba di sekolah saya? 
Pelancaran Frog VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Di sekolah saya sudah terdapat sambungan internet, tetapi mengapakah sambung VLE belum tersedia lagi? 
Beberapa sekolah mungkin sudah mendapat sambungan internet tetapi belum boleh mengakses Frog VLE. Pelancaran VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Saya terlupa alamat VLE sekolah saya.
Anda boleh melakukan carian pantas alamat VLE sekolah anda di sini.
Saya menghadapi masalah dengan sambungan internet atau VLE.
Untuk bantuan teknikal dan isu-isu penyelesai masalah, sila berhubung dengan Pentadbir Frog sekolah anda. Jika anda adalah pentadbir Frog, kami mempunyaiPortal Penjagaan Diri (Self-Care Portal) (ID log masuk Pentadbir Frog diperlukan) yang membolehkan anda mengakses bantuan teknikal.


Sunday, 20 July 2014

ENAM ASPIRASI MURID & LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN








Peranan Sekolah Dalam Menjayakan Aspirasi PPPM


Seperti yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru RMKe-10, negara kita berusaha untuk berubah daripada negara berpendapatan pertengahan ke arah negara berpendapatan tinggi. Perubahan ini perlu  digerakkan oleh mereka yang berbakat, khususnya pemimpin dan pekerja yang berpengetahuan disamping input lain seperti tenaga kerja dan modal. Dalam keadaan persaingan pada peringkat global negara kita memerlukan warganegara yang berbakat, kompetatif dan sistem pendidikan yang berdaya saing.

Justeru itu kerajaan menerusi KPM telah merangka suatu tranformasi dalam sistem pendidikan bagi membolehkan aspirasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi dapat direalisasikan. Aspirasi untuk menjayakan tranformasi sistem pendidikan terdiri daripada dua aspek, iaitu aspirasi keseluruhan sistem pendidikan dan aspirasi setiap murid.

ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, iaitu; akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasii ini muncul daripada laporan pendidikan yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi kandungannya masih relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dan PIPP (2006-2010).

Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat operasi dalam melaksanakan tanggungjawab memastikan lima aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai.

1. Akses Kepada Kejayaan

Sekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-masing.

Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikan akses dan enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini pihak sekolah perlu memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang tercicir dan semua murid memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral  pada akhir tingkatan 5.

Tujuannya adalah untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain di samping meningkatkan peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat universiti, kolej, politeknik, vokasional dan program latihan kemahiran yang berstruktur.

2. Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.

Aspirasi kedua ini melibatkan peranan sekolah dalam meastikan setiap sekolah memberikan proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding dengan negara maju yang lain mengikut standard antarabangsa. Langkah ini termasuklah standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir aras tinggi.

KPM misalnya telah mensasarkan agar negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dari segi prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For International Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun.

Oleh itu komitmen guru dan masyarakat yang mendukung sekolah yang tinggi amatlah diharapkan. Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara serius kerana ia adalah kerangka asas yang dapat memenuhi keperluan proses pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.

3. Ekuiti Untuk Semua Murid

Sekolah perlu memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan berada pada tahap  yang terbaik kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar belakang sosioekonomi. Sekolah perlu meberi peluang kepada setiap murid supaya jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan.

Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama terhadap kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka.

Program Pendidikan Khas, Kelas Rancanagan Khas dan Program Kawalan yang terdapat disekolah perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan murid dibangunkan mengikut kebolehan dan potensi masing-masing.

4. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid

Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamirkan perpaduan yang lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa perpaduan yang kuat mempunyai kaita yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi.

Murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah semasa mereka berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang subur untuk pemupukan semangat perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian.

Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.

5. Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi

Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan menerusi bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor pendidikan (16%), yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pendidikan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.

Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan menggunakan sumber yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang maksimum.


ASPIRASI MURID

Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang ada pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.

Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan dan  Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.

1. Pengetahuan

Pada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan muird memupuk nili diri untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan.  

2. Kemampuan Memimpin

Sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran bekerja secara berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara. Oleh yang demikian pihak sekolah seharusnya peka terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Dalam konteks ini kepimpinan yang perlu dibangunkan melibatkan empat unsur iaitu;

  • Keusahawanan; mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian diri, sanggup membuat pelaburuan dari sumber sendiri.
  • Berdaya Tahan; membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan.
  • Kecerdasan Emosi; berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif.
  • Keterampilan Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas.
Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada pembangunan keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah, mahu pun di luar bilik darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.

3. Kemahiran Dwibahasa

Setiap murid perlu mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid- murid juga diberi peluang dan galakkan untuk menguasai bahasa tambahanseperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun.

Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyubnag kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.

4. Etika dan Kerohanian

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul.

Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set prinsip, iaitu;
  • Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi.
  • Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan semangat untuk melakukan perkara yang betul.
  • Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.
5. Identiti Nasional
 
Aspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti nasional dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan.
 
Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme dalam kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia, memahamii dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.



Wednesday, 16 July 2014

احياء رمضان فريغكت سكوله منغه اكام اللغة العربية باكي تاهون 2014

Senarai Aktiviti sempena Ihya Ramadhan peringkat sekolah

 i) Halaqah Tadabbur al-Quran - Dilaksanakan setiap hari selepas solat zuhur. - Pelajar dan guru mengikut usrah. - Staff akan diberikan juzu’ tertentu, jadual juzu’ akan diberikan. - Bacaan sehari semuka, disertakan makna terjemahan.

 ii) Solat Dhuha Berjemaah - Diadakan setiap hari pada waktu rehat. - Diimamkan oleh pelajar.

 iii) Kempen SALJU - Menggalakkan pelajar menghabiskan satu juzu’ sehari sebagai bacaan individu. - Guru yang berkelapangan digalakkan mengadakan halaqah bersama pelajar. - Pelajar yang dapat menghabiskan 30 juzu’ akan diraikan di majlis penutup (sijil dan hadiah)

 iv) Kempen HASANAH - Hal Sollaita ‘Ala an-Nabiy alyaum? “Sudahkah anda berselawat ke atas Nabi hari ini?”. - Menggalakkan pelajar membanyakkan selawat kepada Nabi S.A.W setiap hari. - Kempen berupa banner dan poster yang ditampal di dinding-dinding sekolah. - Hal Qara’ta alQuran alyaum? “Sudahkah anda membaca al-Quran hari ini?”. - Menggalakkan pelajar membaca al-Quran setiap hari. Kempen berupa banner dan poster yang ditampal di dinding-dinding sekolah. 

v) Program Waqaf Ramadhan 2.0 - Menggalakkan masyarakat sekolah berwaqaf - Waqaf berbentuk tafsir al-Quran atau wang (untuk dibelikan tafsir al-Quran) bagi kegunaan pelajar.

 vi) Program BUSYRO - Bubur Lambuk Masyarakat. Semua guru, pelajar, staff dan pekerja sekolah bergotong royong menyediakan bubur lambuk dan membungkusnya. - Bubur lambuk ini diagih dalam kalangan pelajar, guru, staff dan pekerja sekolah selain diagihkan kepada masyarakat sekeliling. - Tarikh Cadangan : 17 Julai 2014, jam 2.00 petang.

 vii) Pertandingan-pertandingan - Quiz Ramadhan (tingkatan 1) - Pertandingan Menghafaz Doa (terbuka). - Pertandingan Membuat Kad Raya (menengah rendah dan menengah atas). 

viii) Majlis Khatam al-Quran - Tarikh cadangan: 24 Julai 2014 (Khamis) - Selepas majlis khatam al-Quran akan diadakan Majlis Perasmian Penutup. - Waktu cadangan: 12.20 pm – 1.50 pm

Antara gambar aktiviti : 



Sumbangan buah pear daripada Kolej Matrikulasi Johor ( KMJ )



Guru mengedarkan buah kepada setiap pelajar


 ##############################################################################

                                                   Gotong - royong masak bubur lambuk


























Saturday, 12 July 2014

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 -2025









APA ITU PT 3?????


Info Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Menteri Pendidikan telah mengumumkan PMR akan ditukar kepada Pentaksiran Tingkatan 3 mulai tahun ini. PT3 ini akan dijalankan dan ditadbir di peringkat sekolah masing-masing. Maknanya tiada peperiksaan berpusat seperti sebelum ini akan dijalankan. Ringkasan perbandingan antara PMR dan PT3 adalah seperti berikut
image

MAKLUMAT TAMBAHAN BERKENAAN PT 3 : 

Wednesday, 9 July 2014

SAYA TAHU PRESTASI ANAK SAYA ( HARI TERBUKA SMALA )

#10 JULAI 2014/  8.00 - 12.30 / KHAMIS #

Pada 10 Julai 2014, Hari terbuka sekolah diadakan bertujuan untuk penyerahan buku rekod peperiksaan pelajar kepada ibubapa pelajar. Guru tingkatan akan memberitahu tentang prestasi anak mereka di sekolah ini. 

                Kerjasama dan penglibatan antara guru dan ibubapa amat penting dalam mempastikan kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat pada landasannya. Justeru itu, hari terbuka yang  diadakan saban tahun merupakan peluang terbesar untuk merapatkan hubungan para guru dan ibubapa. Seawal jam 8 pagi, kenderaan ibubapa mula memenuhi perkarangan  sekolah. Ibubapa dan penjaga dengan diiringi pengawas sekolah menuju ke Dewan Harun Ar rasyid dimana sesi pertemuan dan perbincangan berlangsung.
                Para guru menjalankan tanggungjawab dengan efisien dan secara ikhlas memberikan dorongan, galakan serta teguran membina kepada para pelajar bagi menaikkan motivasi mereka. Ibubapa juga dilihat professional dan terbuka dalam setiap perbincangan kerana mereka sedar dan percaya segala laporan guru berlandaskan fakta dan atas satu maklamat iaitu memperbaiki atau setidak-tidaknya mempertahankan tahap akademik dan kualiti anak masing-masing. Peratusan ibubapa yang hadir juga memberangsangkan dan ini merupakan petanda yang baik bagi keseluruhan warga SMALA. 




Pelajar bertadarus sementara menunggu kehadiran ibu bapa










habisla aku













Cik  Wan Masita ( Guru kelas 1 A )




Cik Nurul Arfah ( Guru Kelas 1B )



Ustazah  Saridah ( Guru Kelas T4 )


Ustaz Mohd Rafaie ( Guru kelas T5 )


Puan Safura ( Bendahari PIBG )


Ustaz Nazri ( Guru kelas 2 B )