( sekadar gambar hiasan )
Imam al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan
dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam
bidang fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan
panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah :
1. Imam al-Syafie
pernah bersyair:
Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya
hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan
maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’
2.Beliau Berkata :
Barangsiapa ingin
agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan
pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari
perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara
dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan
ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam
kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”
Dua ungkapan di atas merupakan azimat yang berharga yang
mesti ambil perhatian oleh penuntut ilmu agar mendapat manfaat dengan ilmu yang dipelajari.
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam
al-Syafie ialah :
1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau
penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat
menyimpan ilmu yang bermanfaat.
2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang
sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.
3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan
tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.
4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan
masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.
5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati
kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat
untuk kehidupannya selepas mati.
Kesilapan besar pelajar masa kini ialah melibatkan diri
dengan perkara sia-sia malah dengan perkara yang diharamkan menyebabkan hati
menjadi kotor dan hilang fokus. Ramai pelajar yang akan menghadapi peperiksaan
penting masih lagi sempat ‘bercouple’ dan ini adalah satu dosa yang hanya akan
mengganggu fokus terhadap pelajaran.
Terdapat juga pelajar yang terlalu obsess dengan artis sama
ada artis tempatan atau luar Negara dengan memujanya secara melampau. Ini juga
adalah dosa kerana perintah Allah ialah menjaga pandangan daripada melihat yang haram. Sebenarnya banyak lagi
perkara melalaikan yang menjadi penghalang seseorang pelajar mencapai
kecemerlangan.
Hati manusia dijadikan dalam keadaan tidak dapat memberi
perhatian kepada dua perkara dalam satu masa. Bila seseorang pelajar terlibat
dengan perkara lain dengan sendirinya pelajaran akan terabai. Lebih-lebih lagi
bila melakukan perkara haram kerana dosa-dosa merupakan penghalang ilmu
sebagaimana nasihat Imam al-Syafie.
Oleh yang demikian para pelajar dinasihatkan agar
menghindari perkara-perkara yang boleh menghalang memperolehi kecemerlangan
dalam akademik. Semoga Allah sentiasa membimbing kita ke jalan yang diredaiNya
Anda juga boleh baca artikel ini : http://www.resepirahsiaku.com/2011/01/riwayat-hidup-imam-shafie.html
Anda juga boleh baca artikel ini : http://www.resepirahsiaku.com/2011/01/riwayat-hidup-imam-shafie.html
No comments:
Post a Comment