PADA 20 - 22 JUN 2014 INI, PIBG AKAN MENGANJURKAN PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA DI TAMAN LAGENDA GUNUNG LEDANG.
RASIONAL
Mewujudkan kesepaduan
dan kejelekitan antara murid menerusi aktiviti bersama ke arah membantu perkembangan
dan pembangunan dalam bidang kokurikulum dan akademik SMA Lughatil Arabiah.
ASPIRASI MURID
1. Pengetahuan
2. Kemahiran berfikir
3. Kemahiran memimpin
4. Etika dan kerohanian
5. Identiti nasional
OBJEKTIF
· Membina keyakinan diri murid bahawa mereka
berpotensi menjadi individu, murid dan pemimpin yang cemerlang.
· Memberi kesedaran dan peluang untuk memahami
diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri positif.
· Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran
untuk mengendalikan aktiviti seharian yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan
diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
· Membina konsep kendiri yang positif dan
penghargaan diri yang tinggi supaya mempunyai perasaan hormat diri yang baik,
realistik, mempunyai kebolehan memajukan diri serta menjadi lebih yakin dan
berkebolehan menghadapi sebarang masalah serta mampu mengendalikannya.
· Mendedah dan melatih murid-murid kepada
kualiti kepimpinan.
· Mewujudkan kesedaran murid-murid kepada
kebolehan, keupayaan serta tanggungjawab dirinya sebagai individu kepada
keluarga, agama, masyarakat dan negara.
KONSEP AKTIVITI
Pelaksanaan aktiviti
kokurikulum dan kurikulum serta hal ehwal murid yang terancang, mantap dan
praktikal di sekolah akan menyokong pengembangan potensi murid yang seimbang dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selari dengan kehendak Falsafah
Penididkan Kebangsaan. Penyertaan aktif dan berkesan murid dapat membantu dari
segi :
·
Meningkatkan
perkembangan kemahiran sosial murid seterusnya dapat mengukuhkan interaksi dan integrasi
di kalangan mereka.
·
Menyediakan
murid dengan sifat-sifat kecemerlangan diri seperti daya saing, jati diri,
kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan tahan bagi menghadapi cabaran era
globalisasi.
·
Mengukuhkan
dan meningkatkan pengetahuan murid dalam pelbagai bidang. Peningkatan
kokurikulum boleh mengelakkan kurikulum dari terus terbeban (overloaded).
·
Meningkatkan
minat, bakat dan kemahiran murid ke tahap kecemerlangan yang tinggi.
·
Memenuhi
PPPM dan KBAT dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment