Thursday 14 November 2013

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA PELAJAR SMA LUGHATIL ARABIAH

MANFAATKAN CUTI PERSEKOLAHAN ANDA DENGAN PERKARA YANG BERFAEDAH.....


Monday 11 November 2013


           CADANGAN PELAN PAPAN TANDA BARU DI PINTU MASUK SEKOLAH 

 SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN INI, PIBG MERANGKA BEBERAPA AKTIVITI PENAMBAHBAIKKAN KECERIAAN DAN PRASARANA SEKOLAH. ANTARANYA ADALAH :  

" KERTAS KERJA MOHON PERUNTUKAN LANSKAP DAN KECERIAAN SEKOLAH KEPADA YB DATUK IR. HJ HAMIM BIN SAMURI ( T.MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INSUDTRI   "

SURAT MOHON PERUNTUKAN KECERIAAN DAN PRASARANA SEKOLAH KEPADA 
YB HJ ABDUL RAZAK BIN MINHAT ( ADUN SEROM )

 ANTARA CADANGAN AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN :

1.         Menyediakan papan tanda arah sekolah ( di Jalan persekutuan )
2.         Mempebaharui papan tanda sekolah (di  Pintu Masuk sekolah )
3.         Mengecat batu pembahagi  jalan sekolah.
4.         Menanam  pokok bunga (di sepanjang jalan masuk sekolah )
5.         Mengecat kawasan  parkir  guru dan pelajar.
6.         Menyediakan papan tanda zon  menutup aurat dan larangan merokok.

7.         Menyediakan papan tanda Misi dan Visi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM )

SEMOGA SEGALA URUSAN DIPERMUDAHKAN ALLAH S.W.T


 ...AMIN...


"PIBG CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG "

-YDP PIBG -

Tuesday 5 November 2013

WARNA - WARNI SMALA 2013

MESYUARAT AJK PIBG 


 
PERTANDINGAN BOWLING GURU DAN AKP

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR BAHAGIAN PENDIDIKAN JAJ

MAJLIS KHATAM AL QURAN 


PERTANDINGAN LAYANG- LAYANG MERDEKA

KURSUS PQS DAN PSI DI SMA BUGISIAH TAMPOK


MAJLIS RESTU ILMU DAN SOLAT HAJAT 



MESYUARAT AJK PIBG 

PERTANDINGAN PERBARISAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN ( JOHAN )




PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG PADANG LEREK 2


Monday 4 November 2013




DARI PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEK.MEN AGAMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK

 KEPADA SELURUH  UMAT ISLAM 

 # HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM #




SELAMAT  MENGHADAPI PEPERIKSAAN KEPADA CALON SPM SMA LUGHATIL ARABIAH YANG BERMULA ESOK ....

-YDP PIBG -

Thursday 24 October 2013

TAKZIAH KEPADA MANGSA - MANGSA BANJIR



Gambar Sekitar KejadianBanjir di                   Cameron Highlands









MESYUARAT AJK PIBG SESI 2013/2014






HARI      : JUMAAT
TARIKH : 25 OKTOBER 2013
MASA    : 3.00 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK




Wednesday 16 October 2013



                      SELAMAT  MAJU JAYA KEPADA 


CALON PMR
CALON SMA 
CALON SMRA 
CALON SPM 
TAHUN 2013 

KAMI DARIPADA WARGA PIBG SMALA MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA 

KATA ALUAN YDP

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberi dapat saya mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan guru guru yang dapat hadir di dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Agama Lughatil Arabiah yang lalu. Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik sedia terjalin antara ibu bapa dan warga pendidik di Sekolah ini bertambah akrab. Mesyuarat Agung ini satu peluang terbaik untuk mengakrabkan hubungan dan kesempatan untuk para ibubapa mengetahui perkembangan dan keperluan sekolah. Saya percaya kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar sekolah ini, adalah usaha gigih pelajar , ibu bapa dan guru guru secara bersama dan istiqamah , kejayaan tidak dapat digapai jika tiada kerjasama dari semua pihak. Justeru itu saya menyeru ibubapa agar sentiasa member sokongan moral dan material kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan , berwibawa dah sahsiah terpuji serta cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Permuafakatan , sikap saling membantu dan berkerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan tersebut. Terima kasih kepada seluruh warga pendidik Sekolah Menengah Agama Lughatil Arabiah yang telah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anak-anak kami. Akhir kalam saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat darinya. 

 Assalamualaikum.wbkth.
 Sekian, terima kasih 

Tuan Hj Dasuki Bin Hj Mohd Noor
 Yang Di Pertua PIBG SMA Lughatil Arabiah

Tuesday 15 October 2013

السلام عليكم ورحمة الله وباركاته






Kepada ahli PIBG dan pelawat yang dihormati sekalian,

Selamat datang ke blog PIBG SMA LUGHATIL ARABIAH Terima kasih kepada anda yang menjadi tetamu dan selamat bersua kepada tetamu baharu.

Blog ini disediakan untuk menjalin silatulrahim dikalangan ahli PIBG disamping menjadi forum bertukar-tukar fikiran dan maklumat tentang perkembangan semasa. Isu yang penting masa kini ialah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta untuk meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran murid-murid di sekolah, rumah dan di komuniti kearah kecemerlangan. Salah satu inisiatif yang dilaksanakan ialah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang mana pelancarannya telah dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 24 Februari 2013 yang lalu.

Melalui blog ini, PIBG sedang menghebahkan kepentingan Sarana Ibu Bapa dan cara mengisi soal selidik dan melakukan analisis kendiri bagi mengetahui tahap dan cara meningkatkan penglibatan ibu bapa bagi menyokong pembelajaran anak-anak. Blog ini juga menghebahkan berkenaan PPPM, Anjakan Ke-9, Transformasi dan Anjakan PIBG bagi menjayakan PPPM dan lain-lain.



laporan pppm 2013 -2025


Segala kerjasama serta pandangan dan cadangan anda untuk menambah baik perkhidmatan PIBG, didahului dengan jutaan terima kasih.


MUAT TURUN BAHAN SARANA DI SINI

Berusaha Ke arah Kecemerlangan.