Saturday 4 July 2015

PROGRAM INFAQ RAMADHAN...

LENC

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK. MEN. AGAMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK
JALAN SIALANG, 84900 TANGKAK,JOHOR.
Pej               - 06-9788492
Fax              - 06-9789499
Setiausaha  - 019-7625602
Rujukan Kami      :  PIBG/SMALAT/100-6/3-052/03/2015
Tarikh                    ; 1 Julai 2015

Sesiapa yang berkenaan

Dato’ / Datin / Tuan / Puan

MOHON SUMBANGAN PROGRAM TABUNG INFAQ RAMADHAN 2015
Dengan segala hormatnya, perkara di atas di rujuk.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru  ( PIBG ) SMA Lughatil Arabiah dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid akan mengadakan Program Infaq Ramadhan yang akan dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan.

3.             Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan ikhlas  daripada pihak Dato’ / Datin / Tuan / Puan sama ada dalam bentuk wang ringgit atau barang bagi menjayakan program ini.

Berikut adalah sumbangan yang diperlukan :
Bil
Perkara
Anggaran Kos ( RM)
1.
Rehal Al - quran
38.00 ( satu )
2.
Aktiviti Ihya Ramadhan
Sumbangan ikhlas
3.
Set Al- Quran audio ( Kelas Kemahiran Al –quran ) x 2
200.00 ( satu )
4.
Bubur lambuk
-          Rempah ratus
-          Daging / tulang
-          Bekas

80.00
80.00
40.00

4.             Segala sumbangan dan bantuan daripada pihak Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian dimaklumkan.

“ PIBG CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG “

Yang benar,

……………………………………………
(TN HJ. DASUKI B. HJ MOHD. NOR)
 Yang Dipertua  PIBG

………………………………………………potong disini……………………………....................................

Saya  …………..……………………….. ingin menyumbangkan   ……………………… sempena Program Infaq Ramadhan yang akan  dijalankan sepanjang bulan ramadhan  tahun 2015. Semoga dengan sumbangan ikhlas ini dapat memberi manfaat kepada  pelajar – pelajar sekolah  SMA Lughatil  Arabiah.

Yang benar,

………………………………..

(                                                    )

Monday 22 June 2015

SEJARAH PENUBUHAN PIBG SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru  (PIBG) SMA Lughatil Arabiah telah ditubuhkan pada 8 Mac  2002. Persatuan ini memainkan peranan penting dan bergerak aktif dalam memajukan sekolah ini kearah kecemerlangan. Mesyuarat Agong yang pertama telah diadakan pada 19 April 2002  yang dirasmikan oleh YB. Tn Hj Hashim Bin Ismail Ahli Parlimen Ledang.
Tujuan penubuhan PIBG SMA Lughatil Arabiah adalah :
1.      Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid – murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.

2.      Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan prasarana murid dalam kegiatan mereka.

3.      Untuk memberi peluang kepada peluang kepada ibubapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan  cara memperbaiki taraf pendidikan anak – anak mereka amnya.

4.      Membolehkan ibubapa dan guru dalam sekolah menambah kewangan bagi meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Jawatankuasa PIBG pertama tahun 2002

Ex- Officio                  : Ust.Hj. Ibrahim b. Samah
Yang Dipertua            : Tn.Hj Suhaimi b. Harun
Naib Yang Dipertua    : Ust. Hj.Borhan b. Abd Karim
Setiausaha                   : Ust. Irasha b. Idris
Naib Setiausaha          : Ustz. Hj. Maizatul Akma bt Hj. Esa
Bendahari                    : Ust. Kasim b. Ibrahim

AJK
1.      En. Mohd Hihzir b. Hj. Ithnin
2.      Ust.Hj.Abdul Kadir Hj.Abd Rahim
3.      Ust.Azlan b. Azlan Ahmad Tomisu
4.      Ust. Mohd Johan b. Mohd Jamaludin
5.      Ust. Hjh Khadijah b. Mohd Juah
6.      Puan Zalina bt. Hj Kahir
7.      Tn. Hj Mohd Said b. Ismail
8.      En. Mohd Akip b. Hj Husin
9.      Tn Hj Dasuki b Hj Mohd Nor
10.  En. Mohd Zain b. Uteh

11.  Pn. Mariyam bt.K.Mahin Kutty

PIBG 2015