PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMALA (PIBG )

 Nama dan Alamat



(1)               Persatuan ini adalah dikenali sebagai :
Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Menengah Agama Loghatil Arabiah Tangkak (JGA 5005)

(2)               Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini ialah :
Sekolah Menengah Agama Lughatil Arabiah Tangkak,
Jalan Sialang, 84900 Tangkak, Johor Darul Ta’zim.

 Maksud-maksud dan tujuan-tujuan persatuan

(1)               Maksud-maksud persatuan ialah :-

a.                   Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di Sekolah Menengah Agama Lughatil Arabiah Tangkak

b.                  Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah Menengah Agama Lughatil Arabiah Tangkak pada memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.

c.                   Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru di sekolah Menengah Agama Agama lughatil Arabiah bertukar-tukar  fikiran dan maklumat mengenai pendidikan pada Amnya : dan

d.                  Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah Menengah Agama Lughatil Arabiah Tangkak berunding di antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan mereka.

(2)               Tujuan-tujuan persatuan ini :

a.                   Untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah Menengah Agama Lughatil Arabiah Tangkak  memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan pendidikan mereka.
b.                  Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka, baik dirumah mahupun si sekolah ; dan


c.                   Untuk newujudkan frasarana yang baik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.

No comments:

Post a Comment