Saturday 4 July 2015

PROGRAM INFAQ RAMADHAN...

LENC

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK. MEN. AGAMA LUGHATIL ARABIAH TANGKAK
JALAN SIALANG, 84900 TANGKAK,JOHOR.
Pej               - 06-9788492
Fax              - 06-9789499
Setiausaha  - 019-7625602
Rujukan Kami      :  PIBG/SMALAT/100-6/3-052/03/2015
Tarikh                    ; 1 Julai 2015

Sesiapa yang berkenaan

Dato’ / Datin / Tuan / Puan

MOHON SUMBANGAN PROGRAM TABUNG INFAQ RAMADHAN 2015
Dengan segala hormatnya, perkara di atas di rujuk.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru  ( PIBG ) SMA Lughatil Arabiah dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid akan mengadakan Program Infaq Ramadhan yang akan dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan.

3.             Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan ikhlas  daripada pihak Dato’ / Datin / Tuan / Puan sama ada dalam bentuk wang ringgit atau barang bagi menjayakan program ini.

Berikut adalah sumbangan yang diperlukan :
Bil
Perkara
Anggaran Kos ( RM)
1.
Rehal Al - quran
38.00 ( satu )
2.
Aktiviti Ihya Ramadhan
Sumbangan ikhlas
3.
Set Al- Quran audio ( Kelas Kemahiran Al –quran ) x 2
200.00 ( satu )
4.
Bubur lambuk
-          Rempah ratus
-          Daging / tulang
-          Bekas

80.00
80.00
40.00

4.             Segala sumbangan dan bantuan daripada pihak Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian dimaklumkan.

“ PIBG CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG “

Yang benar,

……………………………………………
(TN HJ. DASUKI B. HJ MOHD. NOR)
 Yang Dipertua  PIBG

………………………………………………potong disini……………………………....................................

Saya  …………..……………………….. ingin menyumbangkan   ……………………… sempena Program Infaq Ramadhan yang akan  dijalankan sepanjang bulan ramadhan  tahun 2015. Semoga dengan sumbangan ikhlas ini dapat memberi manfaat kepada  pelajar – pelajar sekolah  SMA Lughatil  Arabiah.

Yang benar,

………………………………..

(                                                    )