Sunday 8 June 2014

AKTIVITI PIBG : PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM SERTA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH SMA LUGHATIL ARABIAH



PADA 20 - 22 JUN 2014 INI, PIBG AKAN MENGANJURKAN PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA DI TAMAN LAGENDA GUNUNG LEDANG.















        RASIONAL

Mewujudkan kesepaduan dan kejelekitan antara murid menerusi aktiviti bersama ke arah membantu perkembangan dan pembangunan dalam bidang kokurikulum dan akademik SMA Lughatil Arabiah.

   ASPIRASI MURID

1.  Pengetahuan
2.  Kemahiran berfikir
3.  Kemahiran memimpin
4.  Etika dan kerohanian
5.  Identiti nasional

   OBJEKTIF

·      Membina keyakinan diri murid bahawa mereka berpotensi menjadi individu, murid dan pemimpin yang cemerlang.
·      Memberi kesedaran dan peluang untuk memahami diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri positif.
·      Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti seharian yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
·      Membina konsep kendiri yang positif dan penghargaan diri yang tinggi supaya mempunyai perasaan hormat diri yang baik, realistik, mempunyai kebolehan memajukan diri serta menjadi lebih yakin dan berkebolehan menghadapi sebarang masalah serta mampu mengendalikannya.
·      Mendedah dan melatih murid-murid kepada kualiti kepimpinan.
·      Mewujudkan kesedaran murid-murid kepada kebolehan, keupayaan serta tanggungjawab dirinya sebagai individu kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.


             KONSEP AKTIVITI
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan kurikulum serta hal ehwal murid yang terancang, mantap dan praktikal di sekolah akan menyokong pengembangan potensi murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selari dengan kehendak Falsafah Penididkan Kebangsaan. Penyertaan aktif dan berkesan murid dapat membantu dari segi :
·         Meningkatkan perkembangan kemahiran sosial murid seterusnya dapat mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan mereka.
·         Menyediakan murid dengan sifat-sifat kecemerlangan diri seperti daya saing, jati diri, kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan tahan bagi menghadapi cabaran era globalisasi.
·         Mengukuhkan dan meningkatkan pengetahuan murid dalam pelbagai bidang. Peningkatan kokurikulum boleh mengelakkan kurikulum dari terus terbeban (overloaded).
·         Meningkatkan minat, bakat dan kemahiran murid ke tahap kecemerlangan yang tinggi.
·         Memenuhi PPPM dan KBAT dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

No comments:

Post a Comment